Thursday 30 June 2011

Asas Elektrik?

dalam entry pertama blog aq ini aq akan terangkan asas elektrik ye..senang je..
Simple je benda ni..apa yang korang perlu tau ialah 3 benda ni

1.VOLTAN / VOLTAGE
2.ARUS / AMPERE
3.PERINTANG / RESISTANCE

3 benda ni adalah asas elektrik yang korang kene tahu..

Voltan atau voltage adalah sumber bekalan penting bagi menghidupkan sesuatu barangan elektrik atau elektronik, selalunya jumlah voltan yang disalurkan ke rumah adalah 240 Volt dan unitnya adalah "Volt " 

Arus atau Ampere terbahagi kepada dua iaitu arus terus (Direct current) dan arus ulang-alik (Alternating current)..Arus terus (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir berterusan pada satu arah sahaja.  Ini merupakan jenis arus elektrik yang dibekalkan olah sel voltan.  Selagi kekutuban voltan pada pangkalan-pangkalan sel voltan adalah tetap dan tidak terbalik, maka sel voltan ini boleh  disebut sebagai punca voltan terus. Antara contohnya adalah sel solar dan bateri..Arus ulang alik (AC) pula adalah arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya.  Perubahan arah pengaliran arus dalam litar a.u disebabkan olah perubahan kekutuban punca voltan yang berselang seli.  Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar.  Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif.  Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar..contoh AC adalah generator. unit bagi arus adalah "Amp"


bagi perintang atau dikenali sebagai resistance ia bertujuan untuk menghadkan arus pada sesuatu litar..perintang terbahagi kepada dua iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras..perintang amat penting bagi sesuatu bekalan kuasa kerana ia perlu dihadkan arusnya untuk memberikan arus yang dikhendaki..unitnya adalah "Ohm"


No comments:

Post a Comment